PK SK FELDA PENGELI TIMUR

PK SK FELDA PENGELI TIMUR
DEPAN SEKOLAH

SELAMAT DATANG / WELCOME...

SELAMAT DATANG KE GEDUNG ILMIAH PENDIDIKAN KHAS SK FELDA PENGELI TIMUR...
JOM TENGOK...!

Sunday, March 21, 2010

Kenali Anak-anak Program Integrasi Pendidikan Khas SK Felda Pengeli Timur Tahun 2010

Inilah wajah-wajah, anak-anak comel kami di kelas Pendidikan Khas SK Felda Pengeli Timur untuk tahun 2010.
Jumlah keseluruhan adalah 22 orang yang terdiri daripada 20 orang lelaki dan 2 orang perempuan.
Dilaporkan oleh : IZAN PPMPK SKPT

Tambahan 2 orang murid lelaki yang baru (Yusman dan Izham) menjadikan jumlah bertambah menjadi 24 orang iaitu 22 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan.

Saturday, March 20, 2010

Minggu Anti Dadah SK Felda Pengeli Timur

SK Felda Pengeli Timur telah mengadakan Minggu Anti Dadah bermula pada 8 Mac 2010 (Isnin) hingga 11 Mac 2010 (Khamis).  Sepanjang minggu ini, banyak aktiviti yang telah dijalankan. Antara aktiviti ini, pendidikan khas telah turut serta dalam Pertandingan Mewarna "1 Malaysia Membanteras Dadah" kategori Pendidikan Khas dan Pertandingan Mendeklamasi Sajak "Anti Dadah" kategori Pendidikan Khas.
Dilaporkan oleh : IZAN PPMPK SKPT   


Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Kulai Tahun 2010

Pada 9 Mac 2010 (selasa) yang lalu, Pendidikan Khas SK Felda Pengeli Timur telah turut serta dalam kejohanan olahraga PK daerah Kulai kali ke-8 tahun 2010 yang berlangsung di Stadium Bandar Tenggara. Kejohanan tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir kira-kira 1.00 tengahari.
Pendidikan Khas SKPT telah menghantar beberapa penyertaan seperti di bawah :

1. 100 M Lelaki Junior (2 orang)
2. 100 M Perempuan Junior (1 orang)
3. 200 M Lelaki Junior (2 orang)
4. 4 X 100 M Lelaki Junior (4 orang)
5. 4 X 100 M Perempuan Junior (1 orang)
6. Lompat Jauh Lelaki Junior (2 orang)
7. Lontar Peluru Lelaki Junior (2 orang)
8. Lontar Peluru Perempuan Junior (1 orang)

Kami juga turut menghantar beberapa orang murid untuk persembahan kuda kepang di majlis perasmian kejohanan olahraga tersebut.  Persembahan ini telah dipimpin oleh En. Salehudin B. Sumiri.

Setelah berusaha dan berlatih selama beberapa hari sebelum kejohanan berlangsung, kami hanya berjaya membawa balik 2 pingat gangsa dalam acara 200 M Lelaki Junior dan Lompat Jauh Lelaki Junior.  Kedua-dua pingat ini telah dimenangi oleh Muhammad Azrul B. Azhar.



Friday, March 5, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

MURID-MURID PEND.KHAS SK FELDA PENGELI TIMUR BERPELUANG MELAWAT PEJABAT POS DAN PERPUSTAKAAN AWAM BANDAR TENGGARA.
INI ADALAH SATU PENDEDAHAN YANG BAIK  DAN MERUPAKAN  SALAH SATU SILIVERS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID PEND.KHAS.
  ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI YANG BERLAKU DI DALAM PEJABAT POS....


1.BERATUR SEMENTARA MENUNGGU GILIRAN MEMBELI SETEM.
2.MEMBELI SETEM DI KAUNTER
3.MENAMPAL SETEM DI SURAT
4.MEMASUKKAN SURAT KE DALAM PETI SURAT.

 


GURU PENGIRING SENTIASA MEMBERI TUNJUK AJAR KEPADA KANAK-KANAK YANG BERTUAH INI..     














MURID-MURID DIAJAR CARA MENAMPAL SETEM DAN MEMASUKKAN SURAT KE DALAM PETI SURAT.



 


GAMBAR KENANGAN:GURU,PPM DAN MURID-MURID DI HADAPAN PEJABAT POS BANDAR  TENGGARA.



  BEREHAT SEBENTAR SEMENTARA MENUJU KE PEPRUSTAKAAN AWAM BANDAR TENGGARA...

 
BERSARAPAN PAGI DI KEDAI MAKAN BANDAR TENGGARA
MENU: ROTI CANAI DAN AIR MILO.


BEREHAT DI PERHENTIAN BAS BANDAR TENGGARA.. 

GAMBAR KENANGAN  DIHADAPAN PEPRPUSTAKAAN AWAM BANDAR TENGGARA.  

MURID DAN GURU SAMA-SAMA MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN... 
SEMOGA AKTIVITI  INI DAPAT MENIMBULKAN RASA MINAT KEPADA KANAK-KANAK INI UNTUK TERUS MENIMBA ILMU ...