PK SK FELDA PENGELI TIMUR

PK SK FELDA PENGELI TIMUR
DEPAN SEKOLAH

SELAMAT DATANG / WELCOME...

SELAMAT DATANG KE GEDUNG ILMIAH PENDIDIKAN KHAS SK FELDA PENGELI TIMUR...
JOM TENGOK...!

Saturday, May 29, 2010

"MINI CAMP" Pendidikan Khas SK Felda Pengeli Timur





Buat julung-julung kalinya, Panatia Pendidikan Khas SK Felda Pengeli Timur telah menganjurkan satu program perkhemahan dalaman untuk murid-muridnya. Program tersebut telah pun berjaya dijalankan pada 20 dan 21 Mei 2010 (Khamis dan Jumaat) yang lepas.  Walaupun tarikh program terpaksa dicepatkan sehari, ini tidak mematahkan semangat semua guru dan murid untuk menjayakannya.
Pelbagai program telah disusun dan dirancang bertepatan dengan moto "Mini Camp" kali ini iaitu "YAKIN BOLEH BERDIKARI".

Laporan oleh : IZAN PPMPK

Sambutan Hari Guru SK Felda Pengeli Timur


Kelas pendidikan khas sekolah kami telah pun mengadakan program jualan sempena hari guru tahun ini. Projek jualan sempena hari guru bermula pada 14 Mei 2010, manakala persiapan untuk tujuan itu telah pun bermula pada 10 Mei 2010 - 13 Mei 2010.

Laporan oleh : Izan PPMPK

Manakala hari sambutan hari guru sekolah kami telah pun disambut pada hari Isnin 17 Mei 2010. Pelbagai acara dan program telah disediakan.  Kelas Pendidikan khas juga tidak ketinggalan menyertai  aktiviti yang telah disediakan oleh pihak sekolah. 


Pemeriksaan Gigi Tahunan


Seperti mana kelas aliran perdana yang lain, murid-murid pendidikan khas juga tidak terlepas dari pemeriksaan gigi yang dibuat oleh Pusat Pergigian Daerah Kota Tinggi.  Pemeriksaan gigi pendidikan khas dibuat pada 3 dan 4 Mei 2010 yang lepas.  Ada seorang murid sahaja yang enggan diperiksa giginya, manakala yang lain telah berjaya mengatasi perasaan takut berjumpa doktor gigi.

Laporan oleh : Izan PPMPK


Tuesday, May 25, 2010

Program "Gosok Gigi" selepas rehat

Kelas Pendidikan Khas kami telah pun bersetuju memulakan program ini pada 26 April 2010 (Isnin) yang lalu.  Aktiviti ini telah pun berjalan setiap hari selepas murid-murid Pendidikan Khas makan di kantin sekolah.
Dengan adanya aktiviti seperti ini, murid-murid dapat belajar menjaga kebersihan gigi masing-masing.

Laporan oleh : Izan PPMPK

Monday, May 24, 2010

Majlis Perpisahan En Salehudin B. Sumiri

Dengan dukacitanya, En Salehudin Bin Sumiri telah ditukarkan dari jawatan Guru Penolong ke Penolong Kanan Pendidikan Khas di SK Laksamana, Kota Tinggi.  Pertukaran beliau berkuatkuasa pada 1 April 2010 yang lalu.  Bagi memperingati jasa dan pengorbanan En Salehudin selama beliau berkhidmat di Pendidikan Khas SK Felda Pengeli Timur, Panatia Pendidikan Khas sekolah kami telah membuat satu majlis perpisahan untuk beliau.
Majlis yang meriah itu telah pun dihadiri oleh semua guru, PPM dan murid-murid Pendidikan Khas serta beberapa dif-dif jemputan seperti Guru Besar dan Guru Penolong Kanan 1 SK Felda Pengeli Timur.

Majlis tersebut telah pun berlangsung seperti ketetapan berikut :

Tempat : Orchard Golf  Kulai
Masa    : 9.00 pagi hingga 12 tengahari
Tarikh   : 31 Mac 2010 (Rabu)

Laporan oleh : Izan PPMPK