PK SK FELDA PENGELI TIMUR

PK SK FELDA PENGELI TIMUR
DEPAN SEKOLAH

SELAMAT DATANG / WELCOME...

SELAMAT DATANG KE GEDUNG ILMIAH PENDIDIKAN KHAS SK FELDA PENGELI TIMUR...
JOM TENGOK...!

Saturday, July 31, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LANGKAWI DAN PULAU PINANG

Pada 29 Jun hingga 2Julai 2010,Kelas Pendidikan Khas SK Felda Pengeli Timur telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Langkawi dan Pulau Pinang.Lawatan ini adalah gabungan diantara 3 buah sekolah di zon tenggara yang diketuai oleh Pendidikan Khas Sk Sg Sayong dan diikuti oleh Pendidikan Khas Bukit Besar dan sekolah kami.Lawatan ini telah mencapai objektifnya dan murid-murid pendidikan khas khususnya rasa bersyukur serta terpamer rasa seribu kepuasan dan kegembiraan di raut wajah mereka.Peluang ini tidak mungkin mereka perolehi dengan sendiri.Oleh itu,atas inisiatif dan ia merupakan satu sukatan pelajaran di luar bilik darjah,guru-guru dan ppm merealisasikan impian mereka.Berikut laporan lawatan:
Kumpulan dibahagikan bagi memudahkan pengurusan murid semasa 
berada di Langkawi dan Pulau Pinang.Murid-murid perlu memaklumkan 
sebarang masalah kepada guru yang mengawasi mereka semasa berada di sana.

                                           
 
29 Jun 2010- Ibu ,bapa dan penjaga murid telah menghantar anak mereka seawal jam 5.00 petang.kami bertolak pada jam 6.00 petang dan En Salahudin telah memberi sedikit taklimat di dalam bas dan En Ja'far telah membaca doa,agar perjalanan kami selama 17 jam berjalan dengan lancar.
      


Gambar sebelah kiri:-Penginapan kami sepanjang berada di Langkawi.(INAPAN GAMAT ASLI) kedudukannya amat strategi kerana berada berdekatan dengan Pekan Kuah .                                            Gambar sebelah Kanan:- 30 Jun 2010, Dataran Lang merupakan lawatan pertama kami .Di sini juga, kami mengambil kesempatan menikmati makan tengahari di kawasan Dataran Helang sambil menikmati keindahan kawasan tersebut.Makan tengahari kami juga ditaja oleh KFC.   


Gambar kiri:-1 Julai 2010,lawatan kedua kami seterusnya ialah Kilang dan Kedai Gamat(Perusahaan Sireh Lagenda).kami diberi penerangan dan mendapat harga istimewa dengan setiap pembelian.Murid-murid juga dapat melihat sendiri cara gamat diproses.                     
Gambar Kanan:- Destinasi seterusnya adalah Makam Mahsuri.Murid-murid dapat melihat peninggalan lagenda Mahsuri dengan lebih dekat lagi.Kediaman dan telaga yang digunakan masih di jaga dengan rapi.Gambar diambil sebagai kenangan.  

      Destinasi ketiga:  Murid-murid dibawa ke Underwaterworld.Murid-murid dapat menyaksikan sendiri hidupan laut dan kutub dengan lebih dekat lagi.Hidupan seperti Penguin dan Anjing laut yang tidak pernah mereka lihat secara dekat ,membuatkan mereka rasa teruja. Pengalaman ini begitu bermakna.                                    

Destinasi Keempat:-Cable Car Langkawi. Pengalaman di Cable Car,merupakan pengalaman yang paling mencabar.Pelbagai reaksi muka murid semasa ingin menaiki kereta kabel ini.Namun ,mereka tetap menerima cabaran ini.Keindahan alam yang dapat disaksikan dari kaki gunung mendatangkan rasa insaf dan memperlihatkan berapa besarnya kuasa tuhan.  









ANTARA GAMBAR KENANGAN DI LANGKAWI:                                                       
                                                                    

DESTINASI TERAKHIR: 2JULAI 2010-PULAU PINANG,Destinasi terakhir kami ialah Pulau Pinang.Kami sampai pada sebelah malam.Walaupun, sampai pada waktu malam,panorama malam dengan melalui Jambatan Pulau Pinang begitu mengkagumkan murid-murid.Pengalaman ini tidak mungkin dilupakan dan akan tersemat dalam sanubari mereka.


DILAPORKAN OLEH: RAHIMAH BT KAMRULZAMAN
PPMPKSKPT-1 OGOS 1981
                                   

Ujian dan Hari Terbuka Pend. Khas

Kelas Pend. Khas telah mengadakan ujian setara pada 2 & 3 Jun 2010.  Semua murid telah menduduki ujian tersebut dengan jayanya. Manakala pada 4 Jun 2010 pula, Hari Terbuka kelas Pendidikan Khas telah dijalankan di mana guru-guru pendidikan khas dan ibu bapa serta penjaga murid dapat duduk berbincang mengenai masalah anan-anak mereka dan perkembangan mereka di sekolah.
By : Izan PPMPK SKPT

Saturday, May 29, 2010

"MINI CAMP" Pendidikan Khas SK Felda Pengeli Timur





Buat julung-julung kalinya, Panatia Pendidikan Khas SK Felda Pengeli Timur telah menganjurkan satu program perkhemahan dalaman untuk murid-muridnya. Program tersebut telah pun berjaya dijalankan pada 20 dan 21 Mei 2010 (Khamis dan Jumaat) yang lepas.  Walaupun tarikh program terpaksa dicepatkan sehari, ini tidak mematahkan semangat semua guru dan murid untuk menjayakannya.
Pelbagai program telah disusun dan dirancang bertepatan dengan moto "Mini Camp" kali ini iaitu "YAKIN BOLEH BERDIKARI".

Laporan oleh : IZAN PPMPK

Sambutan Hari Guru SK Felda Pengeli Timur


Kelas pendidikan khas sekolah kami telah pun mengadakan program jualan sempena hari guru tahun ini. Projek jualan sempena hari guru bermula pada 14 Mei 2010, manakala persiapan untuk tujuan itu telah pun bermula pada 10 Mei 2010 - 13 Mei 2010.

Laporan oleh : Izan PPMPK

Manakala hari sambutan hari guru sekolah kami telah pun disambut pada hari Isnin 17 Mei 2010. Pelbagai acara dan program telah disediakan.  Kelas Pendidikan khas juga tidak ketinggalan menyertai  aktiviti yang telah disediakan oleh pihak sekolah.