Kumpulan dibahagikan bagi memudahkan pengurusan murid semasa
berada di Langkawi dan Pulau Pinang.Murid-murid perlu memaklumkan
sebarang masalah kepada guru yang mengawasi mereka semasa berada di sana.
29 Jun 2010- Ibu ,bapa dan penjaga murid telah menghantar anak mereka seawal jam 5.00 petang.kami bertolak pada jam 6.00 petang dan En Salahudin telah memberi sedikit taklimat di dalam bas dan En Ja'far telah membaca doa,agar perjalanan kami selama 17 jam berjalan dengan lancar.
Gambar sebelah kiri:-Penginapan kami sepanjang berada di Langkawi.(INAPAN GAMAT ASLI) kedudukannya amat strategi kerana berada berdekatan dengan Pekan Kuah . Gambar sebelah Kanan:- 30 Jun 2010, Dataran Lang merupakan lawatan pertama kami .Di sini juga, kami mengambil kesempatan menikmati makan tengahari di kawasan Dataran Helang sambil menikmati keindahan kawasan tersebut.Makan tengahari kami juga ditaja oleh KFC.
Gambar kiri:-1 Julai 2010,lawatan kedua kami seterusnya ialah Kilang dan Kedai Gamat(Perusahaan Sireh Lagenda).kami diberi penerangan dan mendapat harga istimewa dengan setiap pembelian.Murid-murid juga dapat melihat sendiri cara gamat diproses.
Gambar Kanan:- Destinasi seterusnya adalah Makam Mahsuri.Murid-murid dapat melihat peninggalan lagenda Mahsuri dengan lebih dekat lagi.Kediaman dan telaga yang digunakan masih di jaga dengan rapi.Gambar diambil sebagai kenangan.
Destinasi ketiga: Murid-murid dibawa ke Underwaterworld.Murid-murid dapat menyaksikan sendiri hidupan laut dan kutub dengan lebih dekat lagi.Hidupan seperti Penguin dan Anjing laut yang tidak pernah mereka lihat secara dekat ,membuatkan mereka rasa teruja. Pengalaman ini begitu bermakna.
Destinasi Keempat:-Cable Car Langkawi. Pengalaman di Cable Car,merupakan pengalaman yang paling mencabar.Pelbagai reaksi muka murid semasa ingin menaiki kereta kabel ini.Namun ,mereka tetap menerima cabaran ini.Keindahan alam yang dapat disaksikan dari kaki gunung mendatangkan rasa insaf dan memperlihatkan berapa besarnya kuasa tuhan.
ANTARA GAMBAR KENANGAN DI LANGKAWI:
ANTARA GAMBAR KENANGAN DI LANGKAWI:
|
DESTINASI TERAKHIR: 2JULAI 2010-PULAU PINANG,Destinasi terakhir kami ialah Pulau Pinang.Kami sampai pada sebelah malam.Walaupun, sampai pada waktu malam,panorama malam dengan melalui Jambatan Pulau Pinang begitu mengkagumkan murid-murid.Pengalaman ini tidak mungkin dilupakan dan akan tersemat dalam sanubari mereka.
DILAPORKAN OLEH: RAHIMAH BT KAMRULZAMAN
PPMPKSKPT-1 OGOS 1981
No comments:
Post a Comment